Saturday, February 15, 2020

KPMBM kawasan larangan merokok

Diingatkan kepada semua warga dan para pelajar KPMBM, kawasan kolej adalah kawasan larangan merokok. Pelajar yang didapati melanggar peraturan ini boleh diambil tindakan selaras dengan peruntukan peraturan sedia ada. Harap Maklum. 

2 Pelajar ditangkap merokok

Pada 14 Februari 2020 (Jumaat), ketika slot bacaan yasin berjalan di dalam dewan, 2 orang pelajar lelaki didapati sedang merokok di dalam tandas dewan besar. Surat amaran dan peringatan telah dikeluarkan kepada kedua-dua pelajar tersebut. 

Monday, February 3, 2020

14 orang pelajar ditangkap


31 Januari 2020 (Jumaat)
Seramai 14 orang pelajar telah ditangkap dan diberikan amaran kerana tidak menghadiri majlis bacaan Yasin di dewan.

Peringatan
Program bacaan yasin & al-kahfi di dewan pada setiap hari jumaat adalah program mingguan kolej dan telah dimasukkan dalam jadual akademik pelajar.

Sunday, January 19, 2020

E-Lapor


Semua salah laku boleh dilaporkan terus kepada kami di Report Form. Kami memberi jaminan bahawa identiti anda akan dirahsiakan. Kerjasama dari anda amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.